Hyundai Tawar Subsidi Dan Elaun Khas Bagi Pengedar Dan Perunding Jualan

Dalam usaha membantu mengurangkan beban kakitangan dan kehilangan punca pencarian sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Hyundai-Sime Dary Motors (HSDM) menawarkan subsidi kepada pengedar dan perunding jualan.

Usaha itu dilihat dapat mengurangkan tekanan kewangan yang dihadapi semua pihak ketika ini.

HSDM akan menyedikan elaun khas bulanan kepada perunding jualan dari April hingga Jun 2020 yang akan disalurkan menerusi pengedar masing-masing.

Subsidi ini khas bagi mereka yang telah berkhidmat lebih tiga bulan kecuali kakitangan yang telah menerim notis berhenti kerja.

 

Pengarah Urusan HSDM, Low Yuan Lung mengharapkan inisiatif ini sedikit sebanyak membantu pengedar dan perunding jualan.

“Pandemik ini telah menjejaskan sektor automotif. Memahami perkara ini kami berharap subsidi ini akan mengurangkan beban kewangan mereka di samping memastikan keselamatan staf pusat jualan dan servis terjaga,” jelasnya.

Sementara itu, semua pusat jualan dan servis yang dibuka semula akan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]