Honda ADV 150 Dah Masuk Australia, Bila Pulak Giliran Malaysia?

Penunggang motosikal di Australia mendapat berita baik apabila Honda ADV 150, skuter berkonsepkan ADV itu kini boleh didapati di negara tersebut dengan harga AUD5,799 (RM16, 109).

Honda ADV 150 merupakan motosikal jenis skuter yang menawarkan elemen adventure menerusi jarak kelegaan tanah 165mm serta fork Showa 116mm.

Jentera terbabit dijangka akan menarik perhatian ramai pembeli berdasarkan keadaan permukaan jalan raya dan rupa bumi di negara terbabit.

Honda ADV 150 membuat penampilan sulung ketika di Gaikinda Indonesia International Auto Show 2019, dan sejak itu seluruh dunia terutamanya di Asia termasuk Malaysia mengharapkan model tersebut dilancarkan dalam masa terdekat.

Manakan tidak, tengok sahaja rupa keseluruhan yang membawa DNA X ADV 750cc tetapi bernadikan enjin 150cc – 149.3cc bagi yang gemarkan angka spesifik – yang mampu menghasilkan 14.2h pada 8,500rpm.

Antara ciri menarik lain ditawarkan adalah penghadang angin boleh laras, adaptor mengecas 12 volt dan ruang letak barang 27 liter di bawah tempat duduk serta sistem keyless.

Sekali pandang, Honda ADV 150 ternyata menjanjikan pengalaman tunggangan yang menyeronokkan.

Ketika ini, segmen skuter 150cc di Malaysia hanya menawarkan Honda Vario, Yamaha NMax serta NVX namun jika Boon Siew Honda berjaya merealisasikan hajat rakyat Malaysia dengan membawa masuk ADV 150, pastinya segmen ini menjadi lebih rancak.

Agaknya bila Boon Siew Honda, selaku pengedar rasmi Honda di Malaysia akan membawa masuk ADV 150 ini? – MCN Australia

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]