Petronas SRT Terbuka Dengan Penyertaan Valentino Rossi Bagi 2021

Principal Pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing Team, Dato Razlan Razali mendedahkan ada tempat untuk Valentino Rossi bagi musim 2021.

Bagaimanapun, Razlan mahu memahami terlebih dahulu kemahuan sembilan kali juara dunia itu.

Pasukan Factory Yamaha telah pun merekrut Fabio Quartararo daripada Petronas SRT bagi musim 2021 untuk digandingkan bersama Maverick Vinales.

Namun begitu, Yamaha telah pun memberi jaminan ada tempat untuk Rossi bersama pasukan satelit sekiranya dia mahu terus berlumba bagi tahun 2021.

Tatkala musim 2020 masih lagi tergantung dan menghampiri pertengahan tahun, senario itu turut membuatkan Petronas SRT masih belum dapat mengesahkan pelumba bagi musim depan.

Pada awalnya, Rossi bercadang membuat keputusan mengenai masa depannya selepas beberapa perlumbaan musim ini namun tergendala susulan pandemik Covid-19.

Baru-baru ini, pelumba berusia 41 tahun itu telah pun memberi bayangan akan terus berlumba pada 2021 namun tiada sebarang perjanjian yang diketengahkan setakat ini bersama Petronas.

“Hampir setiap hari saya melihat telefon dan setakat ini masih belum ada apa-apa. Saya mengharapkan sekurang-kurangnya dia menghantar pesanan menerusi WhatsApp!” kata Razali kepada Crash.net.

Menurut Razlan, dia dan pasukan perlu memahami kemahuan Rossi terlebih dahulu.

Terdahulu, tiga pusingan MotoGP telah pun dibatalkan melibatkan GP Jerman, Belanda dan Finland.

Senario ini sekaligus meletakkan GP Republik Czech sebagai venue pembukaan tirai MotoGP pada Ogos sekiranya tiada perubahan baharu.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]