Modenas Dominar D400 Ini Diubah Menjadi Motosikal Scrambler

Advertisements

Kedai kustom motosikal di Las Pinas, Filipina, MC Customs telah mengubah suai sebuah Bajaj Dominar D400 menjadi motosikal scrambler serba hitam.

Filipina merupakan antara pasaran eksport besar Bajaj Auto sekaligus tidak hairanlah ramai yang mencari kelainan bagi jentera Dominar mereka.

Bagaimanapun, MC Customs tidak melaksanakan ubah suai yang ketara sebaliknya hanya menambah dan menggantikan beberapa bahagian untuk menampakkan rupa sebuah scrambler.

Diberi nama projek ‘Lino’, antara bahagian yang diubah adalah penggunaan lampu bulat LED, lampu sisi bentuk bulat, bar hendal yang lebih tinggi, lampu isyarat di hujung bar, tayar knobby, pelana berwarna coklat dengan jahitan berbentuk berlian dan pilihan warna hitam glossy.

Sementara itu, tiada pengubahsuaian dilakukan terhadap bahagian enjin yang masih kekal standard 373.3cc dengan penyejukan cecair yang menghasilkan 34hp dan 35Nm.

Dominar D400 turut popular di pasaran Malaysia – dijenamakan sebagai Modenas – dan kini ditawarkan pada harga RM13,788.

Orang ramai yang berminat dengan gaya scrambler ini mungkin boleh mengambil inspirasi daripada MC Customs Filipina.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.