TVS-BMW Bakal Bawa Konsep G 310 RR Ke Peringkat Pengeluaran?

Advertisements

Pengeluar motosikal India, TVS Motor Company mengesahkan terdapat perancangan besar melibatkan kerjasama dengan BMW.

Sebelum ini, kedua-dua pengeluar ini menghasilkan G 310 GS dan G 310 R yang dijual dibawah jenama BMW.

BMW G 310 GS merupakan motosikal jenis adventure sementara G 310 R menawarkan ciri naked.

Sementara itu, TVS menawarkan sebuah model jenis sportbike yang dinamakan Apache RR 310 dan baru-baru ini jentera tersebut telah dinaik taraf bagi mematuhi piawaian BS6 India.

Senario itu sekaligus seakan mengesahkan kenyataan Presiden TVS, K.N. Radhakrishnan yang mendedahkan terdapat model baharu yang akan dihasilkan bersama BMW merujuk kepada G 310 RR.

“Dua produk kami bersama BMW mendapat sambutan. Kami telah pun melancarkan Apache RR 310 yang menggunakan platform sama. Mungkin tahun depan, kami akan memperkenalkan varian sama daripada TVS,” jelasnya kepada MoneyControl.

Meskipun ketika ini masih tiada hitam putih namun dengan kejayaan G 310 GS dan G 310 R, tidak hairan jika kerjasama TVS dan BMW bakal merealisasikan G 310 RR yang sebelum ini diperkenalkan dalam bentuk konsep.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.