Pasaran super moped Vietnam menerima ahli keluarga baharu apabila Honda Vietnam (HVN) memperkenalkan Winner X Sport ABS bagi tahun 2020.
Antara ciri yang dikemaskini adalah pilihan rekaan grafik dan warna baharu dengan bahagian fairing jelas memaparkan tulisan Sport.
Pada Julai tahun lalu, pelancaran Honda Winner X bingkas mendapat tempat dikalangan peminat motosikal Vietnam dengan lebih 114,000 unit berjaya dijual.
Sementara itu,perlu diingatkan varian Winner X sedia ada telah pun didatangkan dengan sistem Anti-lock Brake System (ABS) sementra varian Winner X Sport ABS ini hanya menawarkan rekaan grafik dan warna baharu.
Bahagian nadi masih lagi sama dengan enjin 150cc satu silinder PGM-FI DOHC yang menawarkan sekitar 15.4hp pada 9,000rpm dan 13.5Nm pada 6,500rpm.
Menariknya, HVN menawarkan Winner X Sport ABS dari VND 48,990,000 (RM9,124).
Sementara itu, Boon Siew Honda mendakwa rata-rata peminat moped di Malaysia memilih untuk Honda RS150R V2 mengikut rekaan Honda Supra GTR 150 di Indonesia berbanding Winner X Vietnam lantas menjelaskan mengapa versi Vietnam ini tidak dibawa masuk.
Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!