Aktiviti Bermotosikal Dibenarkan Di NSW, Dianggap Satu Bentuk Senaman

Premier New South Wales (NSW), Australia, Gladys Berejiklian memaklumkan stesen radio Sydney, 2GB, bahawa daerah itu membenarkan aktiviti bermotosikal kerana dianggap sebagai satu bentuk senaman.

Australia telah merekodkan lebih 6,720 kes positif Covid-19 setakat ini dengan 83 kematian direkodkan sementara 5,586 telah pun pulih.

Bagaimanapun, daerah New South Wales (NSW) hanya merekodkan dua kes positif dalam tempoh dua minggu.

Senario ini membuatkan Premier Berejiklian membuat keputusan untuk tidak mengenakan sekatan pergerakan sebaliknya menggunakan pendekatan fleksibel.

“Pihak polis tidak menahan sesiapa yang menunggang motosikal kerana itu seperti bersenam menggunakan basikal senaman.

“Penduduk juga dibenarkan untuk keluar membeli barangan dan kami tidak menyekat apa yang mereka mahu beli,” jelasnya.

Namun begitu, dia turut menggesa agar lebih baik untuk penduduk NSW kekal dirumah buat masa ini kecuali untuk membeli barang, pergi kerja atau sekolah atau bersenam – termasuk bermotosikal.- 2GB

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

https://www.youtube.com/watch?v=brtiSzBnp0s?autoplay=1

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]