Kilang Ducati Di Borgo Panigale Kembali Beroperasi

Selaras dengan protokol untuk menangani penularan Covid-19 di tempat kerja, Ducati telah menghentikan operasi kilang sejak 13 Mac lalu.

Susulan perkembangan positif di negara itu, kerajaan Itali telah membenarkan beberapa syarikat termasuk Ducati untuk kembali beroperasi bagi membantu ekonomi negara.

Hanya pekerja yang tidak mampu melaksanakan tugas mereka di rumah – bahagian pengeluaran dan pemasangan – dibenarkan kembali ke kilang sementara mereka yang berkhidmat di bahagian pemasaran, komersil, IT, pengurusan, kewangan, pembelian dan logistik harus kekal di rumah.

Ducati turut mengolah waktu bekerja daripada 8 jam ke dua shif 7 tujuh jam dalam usaha mengurangkan jumlah pekerja di kilang dalam satu masa.

Bukan itu sahaja, selaras dengan usaha kerajaan Ducati turut menguatkuasakan pemakaian topeng muka ketika bekerja.

Ducati turut mendedahkan keputusan menghentikan operasi pada Mac dan April telah memberi kesan negatif terhadap penjualan.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]