WAZE Tekad Mudahkan Perjalanan Petugas Barisan Hadapan

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan sejak 18 Mac lalu, pengguna WAZE merekodkan penurunan mendadak (80 peratus lebih rendah).

Bagaimanapun, mereka yang terlibat dalam perkhidmatan perlu dan barisan hadapan masih perlu membuat perjalanan hampir setiap hari.

Menyedari perkara ini, WAZE mahu memudahkan perjalanan petugas barisan hadapan dan perkhidmatan perlu dengan mengemaskini aplikasi navigasi tersebut.

Waze Map Editor dan Waze Crisis Response ketika ini sedang bekerjasama dengan 58 negara termasuk Malaysia bagi menambah info penutupan jalan, kawasan merah (Red Zone) agar dapat bantu pengguna Waze merancang perjalanan dengan lebih baik.

Sementara itu, Waze turut menggesa peniaga yang menawarkan ciri pandu lalu untuk menyalurkan maklumat perniagaan ke aplikasi itu bagi memudahkan pengguna mengenal pasti opsyen yang ada.

Dalam perkembangan sama, Waze turut melancarkan laman khas  https://www.waze.com/covid19 meminta kerajaan seluruh dunia menyalurkan data tentang pusat ujian Covid-19 serta pusat bantuan makanan bagi memudahkan pengguna.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply