Jururawat Dapat Ninja 400 Baharu Siap Akrapovic Selepas Motosikal Sendiri Dicuri

Advertisements

Seorang petugas barisan hadapan, Mercedes Suarez yang bekerja sebagai jururawat di Texas kecewa apabila Kawasaki Ninja 250 tahun 2004 miliknya dicuri. 

Meskipun pihak polis berjaya menangkap suspek namun mereka sempat merosakkan jentera tersebut yang telah dibina semula oleh Suarez bersama ayah tirinya.

Suarez  menggunakan jentera tersebut sebagai kenderaan harian ke tempat kerja tatkala bertugas sebagai barisan hadapan di waktu pandemik Covid-19 melanda.

Menyedari perkara ini, seorang pemilik kedai motosikal Alamo Cycle Plex, Dave Sears – yang juga pengedar Kawasaki – bertindak menghubungi Kawasaki Amerika Utara bagi membincangkan usaha yang dapat dilakukan.

Sears kemudiannya menghubungi Suarez dan memaklumkan bahawa dia akan menerima sebuah Kawasaki Nina 400 serba baharu!

Bukan itu sahaja, jentera tersebut turut didatangkan terus dengan beberapa aksesori antaranya tank pad, frame sliders dan ekzos Akrapovic!

Sebuah bengkel turut menawarkan untuk membaiki semula Ninja 250 yang telah dirosakkan itu.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.