Jika Terus Berdegil, PKP Mungkin Dilanjutkan Hingga Jun

Advertisements

Demikian kenyataan dibuat Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador jika orang awam masih lagi berdegil dan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kerajaan telah pun menguatkuasakan PKP sejak 18 Mac lalu dan telah dilanjutkan sehingga 28 April ini dalam usaha membendung penularan wabak Covid-19.

Setiap lanjutan akan membawa kepada pertamabahan PKP selama 14 hari selaras dengan tempoh inkubasi virus itu.

Meskipun PKP telah pun memasuki Fasa 3 bermula hari ini namun terdapat segelintir orang ramai yang berasakan PKP akan dilonggarkan.

“Saya sekali lagi memberi peringatan kepada orang ramai supaya tak lupa bahawa PKP tidak akan dilonggarkan. Tindakan tangkapan akan dipergiatkan lagi kepada mereka yang melanggar arahan PKP,” tegas Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Dalam perkembangan sama, Menteri Pertahanan, Dato Sri Ismail Sabri Yaakob turut mengumumkan semalam bahawa pihak berkuasa tidak lagi akan memfokuskan terhadap mengenakan kompaun RM1,000 bagi pesalah PKP.

Sebaliknya, individu yang ingkar akan ditahan dan dihadapkan ke mahkamah.

Setakat ini, Malaysia telah merekodkan 4,987 kes positif Covid-19 dengan 82 kematian.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.