Pandu Lalu Ujian Covid-19 Di Klinik Kesihatan Pandamaran

Advertisements

Penduduk di Klang, Selangor boleh menjalani ujian Covid-19 dengan mudah menerusi konsep pandu lalu di Klinik Kesihatan Pandamaran di Port Klang.

Klinik kesihatan tersebut merupakan satu-satunya yang menawarkan ujian Covid-19 di Klang.

Bagaimanapun, ujian tersebut hanya dibenarkan bagi mereka yang telah membuat temu janji awal.

Menurut laporan The Star, orang ramai yang telah membuat temu janji akan menerima mesej daripada Jabatan Kesihatan Selangor atau Kementerian Kesihatan.

ADUN Pandamaran, Tony Leong menjelaskan bahawa orang ramai yang perlu menjalani ujian tersebut adalah mereka yang baru pulang dari luar negara atau ada kontak rapat dengan pesakit Covid-19.

Ujian Covid-19 secara pandu lalu itu dilaksanakan di stadium hoki berhadapan dengan klinik tersebut dan menempatkan tiga kaunter ujian.

Orang awam yang telah membuat temu janji hanya perlu membawa kad pengenalan sebagai bukti.

Kemudian, petugas kesihatan akan membuat tiga ‘swab’ daripada lubang hidung kiri dan kanan serta mulut.

Seterusnya, akan menerima surat arahan untuk kuarantin diri selama 14 hari dari tarikh ujian.- The Star

Jangan lupa ikuti kami di Youtube dan Instagram!

VIDEO HARI INI