Bajaj-KTM Bangunkan Skuter Dan Moped Elektrik 2022

Advertisements

Berdasarkan laporan baharu, difahamkan Bajaj Auto dan KTM akan menghasilkan motosikal elektrik bagi pasaran domestik dan antarabangsa.

Menurut laporan moneycontrol.com, moped dan skuter elektrik itu akan menggunakan enjin elektrik kapasiti rendah dan proses pengeluaran akan bermula pada 2022 di kilang Bajaj Auto, Pune, India.

Pada April tahun lalu, Pierer Mobility Group and Bajaj Auto telah menjalankan projek pembangunan jentera elektrik bagi Powered Two Wheeler (PTW) yang menawarkan kuasa di antara 4 hingga 13.4 hp.

Menurut Pengerusi Pierer Mobility dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KTM AG, Stefan Pierer, beberapa varian elektrik skuter akan dihasilkan bermula 2022.

Berdasarkan laporan tahunan, Pierer Mobility, jentera elektrik tersebut akan dijual oleh kedua-dua jenama (Bajaj dan KTM).

Ketika ini, pasaran moped di India dimonopoli TVS Motor yang telah memaparkan penjualan yang konsisten untuk beberapa tahun terutamanya menerusi TVS XL.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.