Jawatan Kosong Di Harley-Davidson Johor Bahru!

Harley-Davidson akan membuka pusat pengedar rasmi di Johor sekaligus mencari individu berminat untuk sertai pasukan baharu yang bertanggungjawab dalam menguruskan penjualan motosikal, servis selepas jualan, kewangan dan butik H-D.

Terletak di Jalan Skudai, Johor Bahru dan beroperasi di bawah Goh Brothers Motorcycles Sdn Bhd, pusat berukuran 12,000 kaki persegi itu menawarkan semua model Harley-Davidson termasuk alat ganti dan aksesori rasmi.

Goh Brothers Motorcycles Sdn Bhd turut mengendalikan Harley-Davidson Petaling Jaya dan Pulau Pinang.

Bagi yang berminat untuk menyertai pasukan Harley-Davidson Johor, Goh Brothers Motorcycles sedang mencari calon sesuai bagi jawatan berikut:

  • Sales Consultant
  • Service Consultant
  • Senior Technician
  • Boutique Consultant
  • Parts & Accessories Consultant
  • Parts & Warehouse Executive
  • Operations cum Admin Executive
  • Finance Executive

Harley-Davidson Johor Bahru menjemput individu yang berminat untuk menghantar permohonan – menerusi email – ke [email protected].

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply