Rim Tayar Motosikal Dilarikan Pencuri Di Stesen KTM Bukit Tengah

Advertisements

Lima motosikal yang diletakkan di parkir stesen KTM Bukit Tengah, Pulau Pinang, menjadi mangsa pencuri yang melarikan rim tayar sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kerajaan menguatkuasakan PKP pada 18 Mac lalu dalam usaha membendung penularan pandemik Covid-19.

Bagaimanapun, terdapat segelintir individu yang menggunakan peluang ini untuk melakukan jenayah.

Menurut info yang dikongsikan laman Facebook Friends of JPJ, pencuri mengambil peluang PKP ini untuk melakukan tindakan keji tersebut tatkala kawasan stesen KTM itu sunyi.

Empat motosikal jenis Yamaha 135 LC dan sebuah Honda Wave hilang tayar depan dan belakang.

Dalam perkembangan lain, dua lelaki berusia 25 dan 26 tahun ditahan pihak polis di Shah Alam susulan terlibat dalam kecurian motosikal dan kes ragut.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar mengesahkan pihaknya berjaya menjumpai tujuh rangka motosikal yang telah dibuang ke dalam sungai.

Difahamkan, kedua-dua suspek mensasarkan motosikal jenis Yamaha 135 LC, Honda Ex-5 dan KTM Duke yang diletakkan di tepi jalan.

PKP masuk hari ke-23 dan dijadualkan akan berakhir pada 14 April ini sekiranya kerajaan tidak melanjutkan buat kali kedua. – Harian Metro

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI