BMW Motorrad Perkenalkan R 18 – 1800cc, 150Nm

BMW Motorrad memulakan langkah pertama dalam meneroka segmen cruiser menerusi BMW R 18.

Diinspirasikan, daripada BMW R 5, model baharu ini menawarkan ciri minimalis – tanpa sebarang teknologi canggih dengan enjin boxer menjadi tumpuan utama.

Menariknya, rekaan R 18 tampak kontemporari sekaligus menjadikan gaya keseluruhan sebuah cruiser sejati.

Enjin boxer 2-silinder – diberi jolokan Big Boxer – ini merupakan enjin boxer BMW paling berkuasa dengan sesaran 1800cc.

Enjin ini menghasilkan 91hp pada 4,750rpm dan 150Nm pada 2,000 hingga 4,000rpm!

Bagi menyerlahkan lagi rekaan klasik kontemporari R 18, sistem penyerap hentakan didatangkan dalam bentuk fork teleskopik dan central suspension strut boleh laras (preload) berbanding penyerap hentakan elektronik yang ditawarkan model BMW Motorrad lain.

Rekaan klasik dan unik turut dipertingkat dengan penggunaan drive-shaft terdedah.

Ergonomik tempat duduk juga diberi penekanan dengan BMW R 18 menawarkan tempat duduk yang santai termasuk bahagian footrest sekaligus menjamin tunggangan dan kawalan selesa bagi penunggang.

Antara ciri ditawarkan R 18:

  • tiga mod tunggangan (Rain/Roll/Rock)
  • Automatic Stability Control (ASC)
  • Engine Drag Control
  • Reverse Assist
  • Hill Start Control
  • Lampu LED dengan rekaan klasik
  • Keyless Ride

Pada masa sama, BMW menghasilkan R 18 dengan kebolehan untuk dikustom mengikut cita rasa pemilik.

Persoalannya, mampukah BMW R 18 mencabar segmen cruiser yang ketika ini didominasi oleh Harley-Davidson?

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]