Ketika KTM melancarkan 790 Duke tahun lalu, jentera berkonsep naked itu terus mencuri tumpuan dan mendapat reviu positif.
Bagi tahun 2020, KTM memperkenalkan 890 Duke R – bukan sebagai pengganti 790 – yang menawarkan kuasa ekstra.
Meskipun dunia dilanda pandemik Covid-19, situasi itu tidak menyekat KTM daripada memperkenalkan jentera baharu itu menerusi strim langsung di YouTube.
Diberi jolokan ‘Super Scalpel’, jentera baharu ini menawarkan 122hp pada 9,250rpm dan 99Nm pada 7,750rpm.
Buat julung kalinya dalam sejarah KTM, model 890 Duke R sememangnya didatangkan dengan enjin bersesaran 890cc, tidak seperti 790 Duke yang sebenarnya menggunakan enjin 799cc.
Sistem transmisi turut dinaik taraf kali ini dengan penggunaan spring lebih ringan bagi memudahkan pertukaran gear.
Kalau nak kejar lebih keterujaan, pelanggan boleh memilih tetapan Quickshifter+.
KTM 890 Duke R ini turut didatangkan dengan pelbagai elektronik terbaru antaranya:
- Cornering ABS
- Traction Control
- Mod tunggangan – RAIN, STREET, SPORT (opsyen TRACK)
- Kaliper brek Brembo Stylemo Monoblock
- Fork depan WP (USD) 43mm boleh laras
- Penyerap hentakan belanag WP APEX boleh laras
Bagi menawarkan keselesaan tunggangan, tempat duduk 890 Duke R naik 15mm berbanding 790 sekaligus ‘ground clearance – 20mm – yang lebih baik.
Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!