MotoGP: Andrea Iannone Digantung 18 Bulan

Advertisements

Badan permotoran dunia, FIM, telah menggantung pelumba MotoGP, Andrea Iannone selama 18 bulan susulan gagal ujian doping.

Pelumba Aprilia Racing Team itu didapati positif bahan terlarang jenis steroid dalam ujian yang dijalankan terhadapnya ketika di GP Malaysia, tahun lalu.

Keputusan itu sekaligus menyaksikan Iannone bakal terlepas aksi MotoGP musim 2020 termasuk beberapa aksi pembukaan musim seterusnya.

Bagaiamanapun, Iannone masih lagi dibenarkan untuk membuat rayuan di Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) tatkala Aprilia mendakwa steroid tersebut telah dimasukkan ke dalam makanan pelumba terbabit tanpa pengetahuannya.

 

FIM dalam satu kenyataan berkata,” Andrea Iannone dikenakan penggantungan selama 18 bulan berkuatkuasa pada 17 Disember 2019 sehingga 16 Jun 2021.

“Susulan ujian doping rutin yang dijalankan ketika di GP Malaysia pada 3 November 2019, Andrea Iannone didapati positif Drostanolone metabolite.”

Kontrak Iannone bersama Aprilia akan berakhir hujung musim ini.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.