Pengeluar motosikal China, CFMoto mengorak langkah baharu bagi tahun 2020 dengan memperkenalkan 300SR, jentera segmen sportbike.
Datang dalam dua versi, 250 dan 300cc, 300SR dijangka bakal memberi saingan sengit terhadap Yamaha R25, Ninja 250, dan KTM RC 390.
Menggunakan enjin sama yang terdapat pada versi naked – 300NK – namun keseluruhan rupa 300SR tampak jauh berbeza dengan kehadiran fairing dan rekaan lampu depan yang menonjol.
Enjin 300cc satu silinder terbabit mampu menghasilkan 29hp pada 8,750rpm – Yamaha R25 menjana 35.5hp – dan 23.5Nm pada 7,250rpm.
Bagaimanapun, ketika ini tiada maklumat rasmi sama ada 300SR akan didatangkan dengan sistem penyerap hentakan KYB yang diguna pakai pada NK400 dan NK650.
(SUMBER: Visordown)
Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!