Modenas Tawar Harga Lebih Rendah Bagi Pulsar RS200 Dan Dominar D400!

Advertisements
Modenas Pulsar RS200

Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) mengumumkan harga baharu bagi Pulsar RS200 dan Dominar D400 dengan penurunan lebih dari 10 peratus.

Modenas Pulsar RS200 kini ditawarkan pada RM9,990 (penurunan 12 peratus) sementara Dominar D400 yang sebelum ini ditawarkan pada RM15,488 kini berharga RM13,788.

Modenas Dominar D400

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS, Roslan Roskan, harga baharu tersebut berpunca daripada penurunan kos pengeluaran.

“Melalui penambahbaikan dalam proses pengeluaran kami, pihak MODENAS telah berjaya mengurangkan kos pengeluaran bagi model Modenas Pulsar RS200 dan juga Modenas Dominar D400, lantas menjadikan kedua-dua model popular ini lebih mampu milik bagi semua peminat jentera dua roda di Malaysia,” jelasnya.

Pulsar RS200 merupakan motosikal jenis streetbike yang menawarkan rekaan ala sportsbike namun dengan tempat duduk menegak dan selesa manakala Dominar D400 merupakan jentera berkonsepkan ‘touring’.

Kedua-dua model ini merupakan hasil kerjasama daripada Modenas dan Bajaj Auto.

Dalam perkembangan sama, MODENAS turut merancang untuk melancarkan antara lima hingga lapan model baharu tahun ini – yang dijangka melibatkan penjenamaan semula beberapa jentera Kawasaki.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.