Triumph Malaysia menerusi Fastbikes Sdn Bhd, melancarkan Triumph Rocket 3 R dan GT untuk pasaran tempatan, hari ini.
Meneruskan legasi Rocket III yang dilancarkan 16 tahun lalu, Triumph Rocket 3 R dan GT merupakan motosikal untuk pasaran umum dengan enjin terbesar pernah dihasilkan – 2,500cc – sekaligus muncul sebagai pesaing utama Ducati Diavel.
The Beast mungkin jolokan paling sesuai bagi Rocket 3 R dan GP namun jangan tertipu kerana jentera ini mampu merekodkan 0-100km/j dalam masa 3.2 saat!
Meskipun berat mencapai 362 kilogram, namun dengan 165hp pada 6,000rpm dan 220Nm pada 4,000rpm – bersamaan dengan tork yang ditawarkan Honda Civic 1.5 TC-P – Rocket 3 R dan GT sememangnya jentera sport cruiser yang pantas.
Segala kuasa itu kemudiannya disalurkan menerusi klac hidraulik dengan transmisi 6-kelajuan.
Terdapat dua varian ditawarkan bagi pasaran tempatan, Rocket 3 R dan Rocket 3 GT. Berdasarkan nama diberi, R merupakan versi sporty manakala GT menawarkan tunggangan santai dan jarak jauh.
Kedua-duanya dilengkapi dengan penyerap hentakan Showa boleh laras – rebound dan compression bagi fork 47mm depan sementara kaliper brek Brembo M4 Stylema empat piston memastikan daya membrek efisien.
Antara ciri elektronik lain ditawarkan:
- paparan skrin TFT-LCD
- traction control
- empat mod tunggangan
- hill control
- cruise control
- keyless
- ABS cornering
Bagi memastikan nadi 2.5L terus bernyawa Rocket 3 R dan GT didatangkan dengan tangki 18 liter.
Berikut harga yang ditawarkan:
- Triumph Rocket 3 R – RM130,900
- Triumph Rocket 3 GT – RM136,900
Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!