Jentera Paling ‘A’, Triumph Tiger 900 2020 Kini Di Malaysia – Dari RM63,900

Fastbikes selaku pengedar Triumph Motorcycles di Malaysia melancarkan Triumph Tiger 900, hari ini.

Triumph Tiger – motosikal segmen ADV – menerima nafas baharu bagi tahun 2020 dengan enam varian diperkenalkan.

Triumph memperkenalkan Tiger 900, Tiger 900 GT, GT Low (dengan tempat duduk rendah) serta GT Pro, Tiger 900 Rally dan Rally Pro.

Model baharu ini menggantikan varian XRX dan XCX sebelum ini.

Penambahbaikan terbaru bagi keluarga Tiger adalah penggunaan enjin lebih besar, 900cc 3-silinder berbanding 800cc sebelum ini.

Meskipun menghasilkan 93.9hp pada 8,750rpm – sekitar angka sama dihasilkan model terdahulu – namun Triumph mendakwa nadi baharu ini menghasilkan tork lebih tinggi pada RPM rendah.

Model baharu ini turut dengan chasis serba baharu di samping kaliper Brembo Stylema – seperti yang terdapat pada Ducati Panigale V4 – yang turut didatangkan secara standard pada semua varian!

Bagaimanapun, perbezaan di antara kesemua model terarah kepada bahagian ‘suspension’ dengan Tiger 900 mendapat fork Marzocchi tidak laras dan penyerap hentakan dengan preload sementara Tiger GT didatangkan dengan fork boleh laras – compression dan rebound.

Varian GT Pro pula didatangkan dengan fork sama namun dengan sistem penyerap hentakan elektronik.

Sementara itu, model Rally dan Rally Pro dilengkapi dengan sistem penyerap hentakan Showa boleh laras sepenuhnya.

Pada masa sama, varian GT, GT Pro, Rally dan Rally Pro dilengkapi dengan paparan skrin TFT 7-inci dengan GT Pro dan Rally Pro didatangkan dengan sistem Triumph My Ride.

Ketika ini Fastbikes telah pun menerima lebih 20 tempahan bagi Tiger 900.

Antara ciri menarik lain:

  • Cornering ABS dan IMU (GT, GT Pro, Rally dan Rally Pro)
  • 6 mod tunggangan (Rain, Road, Sport, Rider, Off-Road, Off-Road Pro)
  • Quickshifter (GT Pro dan Rally Pro)
  • Lampu LED
  • USB Port
  • Tangki 20L

Berikut harga yang ditawarkan bagi kesemua varian:

  • Tiger 900 – RM63,900
  • Tiger 900 GT – RM74,900
  • Tiger 900 GT Low – RM74,900
  • Tiger 900 GT Pro – RM82,900
  • Tiger 900 Rally – RM78,900
  • Tiger 900 Rally Pro  – RM85,900

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply