SIC Praktis Integriti, Tandatangan Ikrar Bebas Rasuah SPRM

Advertisements

Sepang International Circuit (SIC) telah menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekaligus membuktikan komitmen dalam memerangi rasuah di negara ini.

Ikrar tersebut disaksikan sendiri Pengarah Pendidikan Masyarakat SPRM, TPj. Haji Razim Mohd Noor, Ketua Cawangan Sosio Budaya Bahagian Pendidikan Masyarakat PKPj Samsul Salip, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SIC, Dato Razlan Razali dan Ketua Pegawai Kewangan (CFO) SIC, Caroline Lee.

Menurut SIC, memerangi rasuah bukan sahaja menjadi tugas SPRM sebaliknya patut menjadi tanggungjawab semua pihak dan orang awam terutamanya mereka yang berkhidmat untuk kerajaan.

“Terdapat lebih 6,000 kes dilaporkan kepada SPRM namun hanya 1,300 kes berkait dengan rasuah ini kerana orang ramai belum memahami sepenuhnya kuasa SPRM. SPRM hanya boleh menjalankan siasatan dan tidak boleh mengenakan tindakan terhadap sebarang pihak dan organisasi, tugas itu dipikul Pejabat Peguam Negara,” jelas Samsul Salip.

Ikrar tersebut dibacakan Dato Razlan Razali sebelum sesi tandatangan yang disaksikan sendiri Caroline Lee.

Usaha ini dilihat akan mempertingkatkan integriti SIC dalam sebarang urusan.

“Ini membuktikan komitmen kami dalam memastikan kami bebas daripada sebarang unsur rasuah. SIC sangat mementingkan profesionalisme dan integriti. Inilah kami semua tekankan,” jelas Razlan.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.