NAP2020: Dua Kereta Dan Satu Motosikal Nasional Bakal Dibangunkan

Demikian pengumuman dibuat Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika berucap di pelancaran Dasar Automotif Nasional (NAP) 2020, hari ini.

Menurutnya, projek tersebut akan memfokuskan terhadap penyelidikan dan pembangunan (R&D) dengan menyerapkan penggunaan teknologi terkini bagi menyaingi pasaran kompetitif di dalam dan luar negara.

Projek Kereta Nasional itu dijangka menyuntik pembangunan ekonomi negara dengan meningkatkan permintaan bahan seperti besi, plastik, getah dan produk petrokimia.

Bagaimanapun, pihak kerajaan hanya akan melabur terhadap aspek R&D manakala kerajaan menggesa pihak berwajib untuk tampil dan ambil-alih proses pengeluaran tersebut secara besar-besaran agar projek kereta dan motosikal nasional terlaksana.

Pada masa sama, kerajaan turut membuka pintu kepada syarikat automotif antarabangsa untuk berkongsi kepakaran dan teknologi.

Dalam perkembangan lain, pengeluar motosikal nasional pertama negara, Modenas, turut mendedahkan model Ninja 250 SE ABS yang telah dijenamakan semula daripada Kawasaki.

Model terbabit antara model yang akan dijenamakan semula dan dijangka dilancarkan pada hujung tahun ini bersama beberapa model lain yang masih belum dikenal pasti.

Bagaimanapun, baru-baru ini Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Modenas, Roslan Roskan mendedahkan antara model yang akan terlibat adalah 250 dan 650cc.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply