Ujian pra-musim Winter Test di Litar Antarabangsa Sepang berakhir hari ini dengan Fabio Quartararo meneruskan kecemerlangan untuk tiga hari berturut-turut.
Pelumba pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) itu merekodkan masa terpantas hari ini dengan 1 minit 58.349 saat.
Catatan itu juga yang terpantas direkodkan Quartararo berbanding hari pertama dan kedua.
Cal Crutchlow (LCR Honda) merekodkan catatan masa kedua terbaik dengan 1’58.431s diikuti Alex Rins (Suzuki Ecstar) dengan 1’58.450s.
Hari terakhir ujian pra-musim turut menyaksikan pelumba uji Monster Energy Yamaha, Jorge Lorenzo memuat penampilan dan muncul ke-20 terpantas hari ini dengan 1’59.697s.
Sementara itu, pertahan juara, Marc Marquez (Repsol Honda), yang belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan bahu, muncul ke-12 terpantas dengan 1’58.772s.
Para pelumba akan menjalani ujian pra-musim terakhir di Litar Losail, Qatar sebelum musim 2020 membuka tirai di litar sama 8 Mac ini.
Berikut keputusan penuh hari ketiga: