BMW Motorrad merekodkan penjualan lebih 175,162 unit di seluruh dunia bagi tahun 2019.
Penjualan itu sekaligus menandakan kenaikan lebih 5.8 peratus berbanding tahun sebelumnya dengan 165,566 unit.
Menurut Pengarah BMW Motorrad, Dr. Markus Schramm, 2019 membawa kejayaan meskipun berdepan beberapa cabaran.
“Kami berjaya mencatat rekod penjualan terbaik buat kali kesembilan berturut-turut. Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada pelanggan kami seluruh dunia kerana memberi kepercayaan kepada kami.
“Kejayaan pada 2019 juga membuktikan strategi pemasaran kami memberi kesan positif termasuklah memperkenalkan tujuh model baharu bagi tahun sama. Bagi 2020, kami juga akan mengetengahkan beberapa inovatif baharu antaranya BMW R 18,” jelasnya.
Sementara itu, BMW R 1250 GS dan GS Adventure merekodkan penjualan tinggi dengan lebih 59,000 unit didaftarkan sementara 20,000 unit diserahkan kepada pelanggan bagi G 310 R dan G 310 GS.
Segmen pertengahan turut catat penjualan positif dengan lebih 29,000 unit F 750 GS and F 850 GS dijual.