Proton X70 CKD, X50 Akan Dilancarkan Tahun Ini – Dr Li Chunrong

Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong mendedahkan pihaknya akan melancarkan Proton X70 CKD dalam masa terdekat.

Pengumuman itu dibuat ketika sesi makan tengah hari yang diadakan di Hotel Hilton, Petaling Jaya, semalam.

Model CKD ini akan tampil rekaan sama dengan versi CBU namun dengan beberapa perubahan kecil antaranya logo berbentuk bulat di bahagian depan dan belakang berbanding sebelum ini.

Kuasa enjin juga dipertingkat kepada 181 hp dan 300 Nm.

Sementara itu, Dr Li turut mengesahkan Proton X50 akan dilancarkan di Malaysia tahun ini.

Model berdasarkan Geely Binyue itu akan menjadi kenderaan kedua diperkenalkan selepas melancarkan X70 CKD.

Menariknya, X50 akan terus dipasarkan sebagai versi CKD dan bukannya CBU sepertimana yang ditawarkan X70 pada awal pengenalan, ini kerana model X50 yang dikilangkan di China hanya ditawarkan dalam versi pemanduan sebelah kiri sekaligus tidak boleh dieksport.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply