COYM2019: Proton X70 Rangkul Anugerah Kereta Terbaik 2019!

PROTON membuka kalendar 2020 dengan pengiktirafan terbesar apabila merangkul anugerah Overall Car of the Year 2019 dalam anugerah Cars of the Year Malaysisa (COYM) bagi 2019 menerusi Proton X70.

Proton X70 turut membawa pulang anugerah Midsize Crossover & SUVs 5 Seaters terbaik sementara Proton Saga dinobat anugerah Entry Level Sedan dan Hatchback.

Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dr Li Chunrong turut menerima pengiktirafan Automotive Man of the Year.

Ini merupakan anugerah sulung dimenangi Proton bago COYM.

Kejayaan Proton dipelopori penjualan tinggi yang direkodkan X70 sekaligus meletakkan jenama itu sebagai peneraju segmen SUV premium dan eksekutif.

Juri Kanan COYM, Chips Yap, menyifatkan Proton X70 berjaya mengembalikan keyakinan rakyat terhadap jenama kereta nasional.

“Proton X70 adalah model yang telah mengembalikan semula kebanggaan dan keyakinan Syarikat sebagai pengeluar kereta nasional di Negara ini.

“Model ini juga telah menarik semula perhatian pelanggan untuk berkunjung ke pusat-pusat pameran PROTON dan model yang kami pandu uji adalah berkualiti tinggi.

“Kami menjangkakan kualiti yang lebih baik atau setaraf apabila ia dihasilkan di Tanjung Malim,” jelasnya.

Sementara Dr Li Chunrong, mengamburkan kejayaan Proton di COYM pada jurutera PROTON.

“Barisan Jurutera PROTON telah melakukan kerja yang sangat teliti dalam menaik taraf Proton Saga ini. Meskipun ia adalah model aras mula, Saga kekal menjadi model terlaris antara barisan model lain yang kami ada, oleh itu, adalah penting bagi syarikat untuk memastikan bahawa model yang dinaik taraf dapat menarik perhatian pelanggan baharu tanpa mengetepikan pemilik sedia ada.

“Oleh itu, anugerah ini membuktikan kejayaan pada usaha kami,” katanya.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply