Nikmati RON95 Euro4M Di Semua Stesen Minyak BHPetrol Berdekatan!

 

Bousted Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol) telah menaik taraf RON95 ke standard Euro4M sekaligus selaras dengan arahan kerajaan yang mahu semua syarikat petrolium untuk menjual RON95 mengikut piawaian Euro4M bermula 1 Januari, 2020.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd, Azizul Azily Ahmad menjelaskan semua stesen minyak telah pun mendapat stok minyak terbabit.

“Lori tangki kami telah pun menghantar minyak RON95 Euro4M ini disetiap stesen minyak seluruh negara pada minggu akhir 2019.

“Kami berbangga kerana dapat menawarkan minyak baharu ini kepada semua rakyat Malaysia,” jelasnya.

Bagi mengikuti piawaian Euro4M, kandungan sulfur di dalam minyak terbabit telah dikurangkan kepada 50ppm berbanding 500ppm yang dibenarkan bagi Euro2M.

Kandungan sulfur yang rendah akan menghasilkan emisi ekzos yang lebih bersih sekaligus menjaga alam sekitar.

“Minyak BHPetrol Inifiniti kini lebih bersih dan memiliki gred lebih tinggi Kami telah mensertakan sekali pakej bahan tambahan eksklusif tanpa sebarang caj dikenakan kepada pelanggan agar mereka dapat menikmati prestasi lebih optimum,” tambah Azizul.

Orang ramai boleh menikmati minyak baharu ini disemua 400 stesen minyak BHPetrol seluruh dunia.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply