Volkswagen Passat Serba Baharu Mendarat – Harga Dari RM187,990

Sejak Volkswagen melancarkan Passat Elegance 2.0TSI pada September tahun lalu di Jerman, kami ternanti-nanti bila model serba baharu ini akan dibawa masuk ke pasaran Malaysia.

Kini, segalanya terungkai apabila Volkswagen Passenger Car Malaysia (VPCM) melancarkan Passat 2020 di pusat pameran Volkswagen Puchong, hari ini.

Passat sentiasa mencuri perhatian peminat jenama Jerman ini jadi tidak hairanlah sehingga ke hari ini, lebih 30 juta unit dijual seluruh dunia.

Model baharu ini didatangkan dengan enjin 2.0TSI dan mampu menjana sekitar 189hp dan 320Nm yang kemudiannya disalurkan menerusi transmisi tujuh kelajuan DSG.

Ruang dalam kini tertumpu pada paparan digital TFT 11.7 inci yang menawarkan kejelasan luar biasa.

Pelanggan juga boleh memilih lebih dari 30 pilihan warna bagi lampu ambien yang memenuhi keseluruhan ruang dalam sekaligus meningkatkan lagi rupa premium.

Bahagian luar turut diperkemas dengan profail serba baharu yang lebih dinamik dan rim berukuran 18 inci yang lebih garang.

Penggunaan lampu LED sepenuhnya di bahagian depan dan belakang turut menyerlahkan lagi rupa keseluruhan sedan.

Passat Elegance 2.0TSI turut didatangkan dengan pelbagai ciri keselamatan antaranya:

  • Side Assist dengan Rear Cross Traffic Alert
  • Blind Spot Monitoring System
  • Tyre Pressure Monitoring System
  • Electronic Stability Control (ESC)
  • Anti-lock Braking System (ABS)
  • Brake Assist (BA)
  • Intelligent Crash Response System (ICRS)
  • Hill-hold Control Automatic Post-Collision BRaking System
  • Proactivev Passenger Protection System

Passat Elegance baharu didatangkan dengan enam warna pilihan – Aquamarine Blue, Manganese Grey, Reflex Silver, Tamarind Brown, Deep Black dan Oryx White.

Orang ramai boleh berkunjung ke pusat pameran Volkswagen terdekat untuk melihat Passat Elegance dengan lebih dekat atau layari www.volkswagen.com.my

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply