Bukan Winner X, Honda RS150R V2 Tetap Tidak Mengecewakan

Meskipun ramai yang mengharapkan Honda RS150R V2 datang dalam bentuk Winner X – jentera cub yang dipasarkan di Vietnam – namun model kemas kini ini masih ada serinya.

Kami melakukan tinjauan di Welly Team Cycle Subang Bestari bagi melihat dengan lebih dekat Honda RS150R V2 yang dihasilkan berdasarkan Supra GTR yang dipasarkan di Indonesia.

Walaupun datang dengan tanggapan awal tampak sama seperti model V1 namun versi baharu ini tetap menarik perhatian terutamanya dengan pilihan warna Honda Tricolour serba baharu.

Malah, warna rim emas turut mempertingkatkan rupa keseluruhan jentera yang tampak lebih sporty.

Meskipun bukan Winner X namun RS150R masih tampak garang dan sporty terutamanya fender dan lampu brek belakang yang tampak lebih menonjol.

Honda RS150R ini turut mendapat kemas kini moden bagi mempertingkatkan keselesaan penunggang antaranya panel speedometer LCD yang menawarkan informasi seperti rev meter, petunjuk gear dan paras minyak.

Honda RS150R kekal dijana dengan enjin 149.2cc empat valve DOHC yang menghasilkan 11.5kW pada 9,000rpm dan 13.6Nm tork pada 6,500rpm yang disalurkan menerusi transmisi enam kelajuan dengan klac manual.

Anda boleh berkunjung ke pengedar rasmi Honda berhampiran untuk melihat RS150R V2 ini dengan lebih dekat.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply