Deruman Enjin Kawasaki Ninja ZX-25R Didedahkan, Memang Syahdu!

Advertisements

Sejak didedahkan kepada dunia ketika di Tokyo Motor Show 2019, Kawasaki Ninja ZX-25R sentiasa menjadi perhatian tatkala pengeluar motosikal Jepun itu kembali menghasilkan jentera 250cc empat silinder.

Meskipun tiada maklumat tambahan namun baru-baru ini, Kawasaki menerusi laman Youtube Kawasaki Indonesia mendedahkan bunyi yang bakal dihasilkan jentera tersebut.

Hasilnya sebuah bunyi enjin yang ternyata tidak mengecewakan.

Layan video tersebut dibawah dan kongsikan pendapat anda: