Remaja 21 Tahun Dipenjara 14 Bulan Gara-Gara Aksi Pacak

Advertisements

Mahkamah Majistret Kota Kinabalu, menjatuhkan hukuman penjara 14 bulan dan denda RM5,000 terhadap seorang remaja 21 tahun gara-gara melakukan aksi berbahaya di jalan raya awam.

Adzrul Adzman berdepan hukuman tersebut selepas didapati bersalah melakukan ‘wheelie’ di Jalan Kota Kinabalu-Papar, berhampiran JKR Putatan sekitar jam 1.20 pagi, 12 Ogos lalu.

Menurut laporan Daily Express, Adzrul mendakwa dia sekadar melakukan ujian terhadap jentera tersebut selepas selesai dibaik pulih.

Bagaimanapun, pihak mahkamah mendapati dakwaan tersebut tidak masuk akal.

Adzrul sebelum ini pernah disabitkan kesalahan Jun tahun lalu apabila terlibat dalam satu perlumbaan haram dan didenda RM1,500.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.