Reviu Honda CBR1000RR Fireblade 2019: Superbike Terbaik 2019?

Padu.

Itu rumusan paling mudah nak nilaikan Honda CBR1000RR Fireblade 2019.

Kami diberikan masa 14 hari untuk sesi suai kenal tetapi sebaik throttle dipulas hampir 360 darjah, tempoh perkenalan yang sepatutnya berjalan 336jam itu hanya memakan 30 minit.

Dengarkan reviu kami mengenai Honda CBR1000RR Fireblade 2019:

Enjin 998cc 4-inline DOHC dengan 76.0mm x 55.0mm rasa seakan mudah ditangani meskipun mampu menjana 189hp pada 13,000rpm yang disalurkan menerusi transmisi enam kelajuan dengan bantuan multiple wet clutch.

Pengalaman menunggang dipermudah dengan bantuan 43mm fork Showa Big Piston dan ketika menyelusuri selekoh dan trafik di lebuh raya, daya membrek yang ditawarkan kaliper Tokico.

Ketika pengeluar lain sibuk dengan menghasilkan imej superbike yang besar, Honda CBR1000RR Fireblade datang dengan rekaan kompak, 2065mm panjang, 718mm lebar, 1125mm tinggi dengan ketinggian tempat duduk sekitar 820mm.

Meskipun ergonomik tempat duduk agak agresif namun dengan ketinggian 820mm tunggangan lebih selesa berbanding model pesaing lain malah, rekaan kompak membuatkan penunggang tidak rasa kekok untuk melalui bukan sahaja lebuhraya malah trafik sesak di ibu kota.

Walaupun CBR1000RR merupakan jentera bernadikan litar lumba dan mudah menelusuri setiap selekoh sepanjang 5.543km Litar Antarabangsa Sepang (SIC) namun litar tak rasmi yang ditawarkan lebuhraya PLUS berukuran 772km juga tidak sukar untuk ditangani jentera Jepun ini.

Paparan TFT berukuran 5 inci mungkin dianggap kecil namun warna dan kejelasan ditonjolkan tidak kira di waktu siang memudahkan si penunggang untuk melihat segala yang berlaku terhadap jentera ini.

 

Didatangkan dengan 3 mod tunggangan termasuk 2 mod boleh laras mengikut selera, segala kawalan dilakukan dengan mudah menerusi butang di bahagian pemegang di sebelah kiri.

 

Bagi kami, Honda CBR1000RR Fireblade 2019 merupakan superbike mesra penunggang – budak baik bagi si pemilik yang bersopan santun di jalan raya, budak jahat bagi penggemar Bukit Tinggi dan Litar Sepang di hujung minggu.

Nak fahami lebih mendalam maksud kami? Rasai sendiri pengalaman menunggang Honda CBR1000RR Fireblade 2019 yang ditawarkan ada harga RM91,999 atau tambah RM23,000 untuk mendapatkan versi SP!

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply