Modenas Pulsar NS200 ABS Kini Di Malaysia – RM9,655!

Advertisements

Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) memperkenalkan model Pulsar NS200 yang telah dikemaskini dengan sistem ABS bagi tahun 2020.

Modenas Pulsar NS200 merupakan model paling popular sejak diperkenalkan pada 2017 dengan lebih 6,000 unit terjual.

Selain daripada Anti-Lock Braking System (ABS), ciri lain masih lagi dikekalkan dengan enjin DTS-i yang menghasilkan sekitar 24hp dan 18.6Nm.

Tatkala jentera lain sudah pun berevolusi lebih awal dengan penggunaan ABS, fungsi ini dijamin memberikan Pulsar NS200 lebih cengkaman dan tunggangan lebih baik di Malaysia.

ABS berfungsi untuk mengambil kira senario membrek agar insiden tergelincir tidak berlaku terutamanya di waktu hujan atau ketika menelusuri permukaan berpasir.

Menurut kajian, ABS mengurangkan tahap kecederaan yang bakal dihadapai penunggang sehingga 39 peratus seandainya berlaku kemalangan jika dibandingkan dengan jentera tanpa ABS.

Rujuk spesifikasi di bawah:

Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS, Roslan Roskan, menyifatkan varian baharu ini penting untuk meningkatkan keselamatan penunggang.

“Di MODENAS, kami sentiasa mencari jalan terbaik bagi menjadikan motosikal kami lebih baik dan dilengkapi teknologi terkini. Motosikal dengan ABS lebih selamat dan kami menggesa agar orang ramai mendapatkan versi ABS ini,” jelasnya.

Modenas Pulsar NS200 ABS boleh didapati dengan harga RM9,655.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.