Bekas pelumba Repsol Honda dan juara dunia lima kali, Jorge Lorenzo, memberi bayangan akan kembali ke paddock MotoGP.
Meskipun mengumumkan persaraan baru-baru ini namun Lorenzo memaklumkan dia akan kembali semula ke paddock.
Ketika temubual dengan Red Bull Servus TV, Lorenzo berkata, “Saya pasti akan kembali ke paddock semula, saya akan membuat pengumuman dalam masa terdekat.
“Jika saya diberikan peluang untuk hidup dalam dunia MotoGP tetapi tidak lagi perlu menghadapi tekanan, sudah tentu peluang itu akan disambar,” katanya.
Buat masa ini tiada belum dapat dipastikan sama ada pelumba berusia 32 tahun akan kembali selaku penunggang uji atau akan terlibat dalam pengurusan pasukan.
Bagaimanapun, pastinya menarik untuk melihat kelibat Lorenzo di pentas MotoGP selepas ini.