Berdepan Penggantungan 4 Tahun, Iannone Yakin Tidak Bersalah

Andrea Iannone yakin mampu menterbalikkan keputusan FIM untuk menggantungnya susulan gagal ujian doping.

FIM dalam satu kenyataan semalam membuat keputusan menggantung Iannone susulan ujian doping Agensi Anti Doping Dunia (WADA) yang dijalankan terhadapnya ketika di GP Malaysia, November lalu didapati positif penggunaan bahan terlarang jenis steroid.

Bagaimanapun, pelumba berusia 30 tahun itu masih boleh memfailkan ujian sampel B.

Sementara itu, Iannone menjelaskan di laman sosial Instagram miliknya bahawa dia tidak terkesan dengan penggantungan tersebut.

“Saya terkejut dengan berita ini tetapi buat masa ini saya masih belum menerika sebarang maklumat rasmi.

“Sepanjang tahun ini saya telah menjalani pelbagai ujian dan semuanya negatif jadi untuk kali ini juga saya yakin penamat yang positif,” jelasnya.

Jika didapati bersalah, Iannone bakal berdepan penggantungan maksimum selama 4 tahun.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.