Menyamar Sebagai Penarik Kereta, Sindiket Curi Kereta Mewah Tumpas

Sumber: Berita Harian

Polis berjaya menahan empat individu termasuk seorang wanita selepas disyaki terlibat dalam kegiatan curi kereta mewah di sekitar Lembah Klang.

Menurut Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar, pihaknya menerima laporan daripada seorang pemilik bengkel yang memaklumkan bahawa kereta jenis Porsche Panamera telah hilang pada 1 Disember lalu.

Difahamkan, berdasarkan rakaman CCTV, beberapa individu telah menyamar sebagai penarik kereta dan memberitahu pengawal keselamatan di rumah terbabit bahawa Porsche terbabit mempunyai tunggakan bayaran.

Menurut laporan Berita Harian, empat individu terbabit terdiri daripada mekanik, penarik kereta, pekerja kilang dan seorang penganggur.

Polis turut menemui tujuh buah kereta mewah termasuk Porsche terbabit yang dilaporkan hilang sebelum ini disembunyikan di sebuah kondominium dan bengkel di Lembah Klang.

Nilai rampasan dianggarkan bernilai lebih RM1 juta.

“Kenderaan terbabit dipercayai dijual di media sosial pada harga antara RM30,000 hingga RM50,000,” jelas Shafa’aton.

(SUMBER: Berita Harian)

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply