Nak Aura MotoGP? HLYM Lancar Lagenda 115Z SRT GP Edition – RM5,580!

Sebagai penghargaan terhadap kejayaan Petronas Yamaha SRT di pentas MotoGP, Hong Leong Yamaha Malaysia (HLYM) melancarkan Yamaha Lagenda 115Z GP Edition di pusingan akhir Cub Prix, Litar Antarabangsa Sepang (SIC), hari ini.

Majlis pelancaran turut disaksikan Ketua Pegawai Eksekutif,  Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Dato Razlan Razali dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Dagangan, Dato’ Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohd Tahir.

Edisi eksklusif itu diinspirasikan daripada pasukan Petronas Yamaha SRT YZR-M1 MotoGP yang ditunggangi Fabio Quartararo dan Franco Morbidelli bagi musim 2019 yang baru berakhir.

Menariknya, setiap pembelian akan didatangkan dengan sijil eksklusif dengan Yamaha memaklumkan model ini boleh didapati di setiap pengedar ramsi HLYM pertengahan Disember ini dengan harga RM5,580.

Lagenda 115Z GP Edition sertai Yamaha YZF-R15 Monster Limited Edition yang dilancarkan awal tahun ini.

 

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply