Enam Tahun Mencari, Kereta Kenari ‘Pink’ Berjaya Dikesan Dengan Facebook

Advertisements

Usaha seorang lelaki untuk mencari semula Perodua Kenari yang dijualnya pada 2011 membuahkan hasil dua jam selepas berkongsi hasratnya di Facebook, Sabtu lalu.

Muhamad Hafez Jamal Jamaludin, telah mencari kereta tersebut sejak enam tahun lalu.

Hafez mula terdetik untuk mendapatkan semula kereta berwarna merah jambu itu selepas dimaklumkan pihak bank terdapat tunggakan sejak 2011.

Dia kemudiannya bertindak mencari kereta tersebut dan beberapa kali telah membuat perkongsian di Facebook akan hasratnya untuk mencari kereta terbabit.

Difahamkan, Hafez telah menjual kereta terbabit kepada seorang wanita yang bersetuju untuk sambung bayar dengan bayaran ansuran bulanan sebanyak RM350.

Bagaimanapun, dua tahun kemudian pada 2013, dia menerima panggilan bank yang menyatakan terdapat tunggakan sehingga dua tahun lantas namanya telah disenarai hitam oleh pihak bank.

Senario itu memaksa Hafez untuk membayar penuh RM10,000 tunggakan pada 2016 untuk membersihkan namanya.

Hafez kemudiannya mengakui berputus asa untuk mencari wanita terbabit – yang dikenali sebagai Noorainul Naqim Mohd Radzi @ Dr Aerin – sebelum wanita tersebut menjadi viral di laman media sosial baru-baru ini.

Selepas membuat pengesahan, dia kemudiannya menularkan gambar wanita berkenaan bagi menuntut kembali haknya.

Kurang dua jam, Hafez berjaya menemui kereta terbabit kurang 3 kilometer dari rumahnya.

Berdasarkan perkongsian di Facebook, wanita berkenaan telah menukar nombor plat asal Perodua Kenari terbabit agar tidak dapat dikesan.

Menurut Hafez, wanita berkenaan telah pun menghubunginya dan membayar semula RM10,000 tersebut.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.