007 Pilih Triumph Tiger 900 dan Scrambler 1200 Dalam No Time To Die

Gambar disebalik tabir.

Triumph Motorcycle mengumumkan bahawa model terbaru pengeluar motosikal Britain itu, Triumph Tiger 900 akan menjadi jentera rasmi James Bond dalam filem terbaru No Time To Die yang akan ditayangkan April tahun depan.

Pada masa sama, Triumph Scrambler 1200 turut akan membuat penampilan.

Triumph Scrambler 1200

Triumph Motorcycle dalam satu kenyataan mengesahkan kerjasama dengan filem James Bond berjudul No Time To Die dan EON Productions.

Pasukan Triumph turut bekerjasama dengan pasukan lagak ngeri filem tersebut bagi mempersiapkan Tiger 900 dan Scrambler 1200 untuk sesi penggambaran.

Triumph Tiger 900

Ketua Pegawai Eksekutif Triumph, Nick Bloor menyifatkan kerjasama ini sebagai satu kejayaan baharu.

“Kami teruja kerana dapat menjalinkan kerjasama dengan filem James Bond terbaru berjudul No Time To Die. Kami berbesar hati kerana berpeluang untuk terlibat dengan banyak produksi filem yang besar.

“Pada masa sama jentera kami juga cukup berupaya untuk ditampilkan dalam filem ini terutamanya Tiger 900,” jelasnya.

Sebelum ini, Triumph Motorcycle turut membuat penampilan dalam filem Mission Impossible 2 menampilkan Speed Triple 955i dan Mission Impossible 6: Fallout yang menampilkan Triumph Tiger 800.

No Time To Die akan ke pawagam pada 2 April tahun depan.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]