Harapan Untuk Honda CBR250RR Masuk Malaysia Bakal Terlaksana?

Pelancaran pasukan Idemitsu Boon Siew Honda Racing semalam turut menampilkan kehadiran jentera Honda CBR250RR.

Jentera tersebut merupakan jentera yang akan diguna pakai Idemitsu Boon Siew Honda Racing dalam kelas Asian Production 250cc di ARRC, hujung minggu ini.

Rata-rata peminat dua roda di Malaysia mahu melihat Honda CBR250RR dipasarkan di Malaysia namun ketika ini jentera terbabit hanya boleh didapati di pasaran Thailand, Indonesia dan Jepun.

Tidak seperti jentera 250 lain, Honda CBR250RR menampilkan kaliper brek Nissin 4 pot, lampu depan dan belakang LED dan juga SHOW upside down fork.

Rupa keseluruhan jentera ini juga langsung tidak menampakkan identiti sebuah motosikal 250cc malah tampak seperti abangnya CBR1000RR Fireblade!

Difahamkan, jentera ini berharga sekitar RM30,000 hingga RM38,000 – seangkatan dengan harga sebuah jentera 650cc – seandainya dipasarkan di Malaysia.

Angka ini juga antara sebab mengapa sukar untuk menyaksikan Honda CBR250RR dijual di Malaysia apatah lagi terdapat beberapa faktor yang tidak akan lulus piawaian Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) seperti lampu isyarat kiri dan kanan yang diletakkan dibahagian atas lampu depan dan bukannya tertonjol keluar seperti jentera lain.

Apa pun, diharapkan rakyat Malaysia akan diberi peluang untuk memiliki jentera ini seandainya Honda membuat keputusan untuk membawa motosikal ini ke Malaysia, kelak.

Mungkin juga ada sebab disebalik tindakan Boon Siew Honda menayangkan jentera tersebut?

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply