Yang di-Pertuan Agong Berjiwa Rakyat, Bantu Mangsa Kemalangan Di Lebuhraya ELITE

Advertisements

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sanggup turun daripada kenderaannya untuk memeriksa keadaan mangsa kemalangan, semalam.

Ketika dalam perjalanan pulang daripada menghadiri program ‘Anak-anak Malaysia Walk 2019’ yang berlangsung di Eco Ardence, Setia Alam, baginda menyedari seorang pemandu wanita telah mengalami kemalangan di persimpangan USJ, Lebuhraya ELITE.

Rakaman video itu dikongsikan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, menerusi akaun Instagram.

Saksikan perkongsian video tersebut dibawah:

Wanita tersebut mengalami cedera ringan apabilanya keretanya terbalik di laluan kanan.

Baginda lalu menitahkan pengiringnya untuk menghantar masa ke hospital bagi menerima rawatan lanjut.

Keprihatinan baginda turut mendapat reaksi netizen yang rata-rata meluahkan rasa bangga terhadap sifat mesra rakyat yang ditonjolkan.

Jun lalu, seorang mangsa kemalangan di Putrajaya turut mendapat prihatin baginda yang sedang dalam perjalanan menghadiri Mesyuarat Pra-Kabinet dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Istana Melawati, Kuala Lumpur.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.