Das WeltAuto Tawar Kereta Terpakai Dengan Jaminan Terbaik

Volkswagen Fest 2019 menyaksikan Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) melancarkan Des WeltAuto, program kenderaan terpakai yang menawarkan standard dan jaminan global oleh Volkswagen Group.

Pelanggan boleh ‘trade’-in’ segala jenis model dan jenama kereta tanpa perlu rasa gusar ekoran setiap kenderaan yang ditawarkan telah pun menjalani 133 poin pemeriksaan yang ketat oleh juruteknik kanan Volkswagen.

Malah, setiap pelanggan Das WeltAuto akan menerima lanjutan jaminan serta bantuan tepi jalan selama satu tahun di samping Volkswagen Care Plus bagi kenderaan yang telah melebihi usia lima tahun.

Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter, menyifatkan Das WeltAuto merupakan solusi terbaik bagi orang ramai untuk mendapatkan kereta terpakai namun dengan jaminan terbaik.

“Apa yang membuatkan Das WeltAuto berbeza dengan saluran jualan kereta terpakai ialah anda boleh mengharapkan tahap perkhidmatan terbaik sama seperti pengalaman membeli sebuah kereta baharu di pengedar yang anda yakini.

“Kakitangan berpengalaman akan memberikan khidmat nasihat terbaik dan telus. Semua ini ditawarkan oleh jenama yang boleh anda harapkan – lebih penting lagi, produk yang boleh anda percayai,” jelasnya.

Selain itu, Das WeltAuto turut menjaminkan kereta ditawarkan bebas kemalangan serta lengkap dengan bukti penyelenggaraan di pusat Volkswagen rasmi.

Berikut empat pengedar yang menawarkan Das WeltAuto:

  • Volkswagen Puchong
  • Volkswagen Gombak
  • Volkswagen Alor Setar
  • Volkswagen Juru

Orang ramai turut boleh meninjau kenderaan yang ditawarkan menerusi laman sesawang www.dasweltauto.my

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.