Rapid KL Perjelas Isu Kembalikan ‘Bas Mini’

Sumber: Rapid KL @ Facebook

Penggunaan nama ‘Bas Mini’ telah mencetuskan kekeliruan dikalangan orang awam yang rata-rata menyangka bas berwarna ‘pink’ yang gah satu ketika dulu akan kembali mewarnai jalan raya di ibu kota.

Bercakap di sidang media yang diadakan semalam, Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus Sdn Bhd, Muhammad Yazurin Sallij menjelaskan bahawa terma ‘bas mini’ yang diguna pakai hanyalah merujuk kepada penggunaan bas Rapid yang lebih kecil.

Sumber: Rapid KL @ Facebook

Bas yang akan diguna pakai adalah berukuran lapan meter dan merupakan versi mini kepada bas yang berukuran 10 dan 12 meter sedia ada dan bukannya mengembalikan bas berwarna ‘pink’ yang telah pun menamatkan operasi lebih 21 tahun lalu.

“Bagi sesi percubaan, kami akan menggunakan bas berukuran lapan meter berhawa dingin dengan 27 tempat duduk.

Sumber: Rapid KL @ Facebook

“Bas ini khas digunakan untuk laluan yang sempit atau di kawasan penempatan yang rendah serta untuk jarak yang pendek,” jelas Yazurin.

Sementara itu, Yazurin turut menjelaskan ‘bas mini’ tersebut akan menggunakan sistem tanpa tunai menerusi penggunaan kad Touch N’Go serta pas My100 dan My50.

Bas mini Rapid KL akan merangkumi laluan T300 iaitu dari hab Bukti Indah ke Ampang Point menerusi Jalan Rasmi dari pukul 5.30 petang ke 11.40 malam setiap hari.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply