Power Store MODENAS Pertama Di Malaysia Dibuka Di Kota Damansara

Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS), anak syarikat DRB-HICOM Berhad telah melancarkan Power Store MODENAS yang julung kalinya diperkenalkan di Malaysia.

Terletak di Sunsuria Avenue Kota Damansara, MODENAS Power Store ini merupakan yang pertama seumpamanya di benua Asia Tenggara yang menawarkan pelanggan pusat servis dan penjualan jentera Modenas Dominar dan Pulsar khasnya di bawah satu payung.

Selain daripada pusat pameran dan jualana, Power Store MODENAS turut menawarkan servis membaiki motosikal serta kustom menggunakan alat ganti tulen MODENAS.

Malah, pengunjung yang hadir turut dibenarkan untuk ‘test ride’ jentera yang ditawarkan sekaligus merasai sendiri kemampuan jentera.

Bagi pelanggan yang berminat untuk memiliki sebuah jentera Modenas, Power Store MODENAS turut menawarkan bantuan kewangan.

Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS, Roslan Roskan menyifatkan pembukaan Power Store MODENAS di Malaysia menandakan komitmen MODENAS bersama Bajaj dalam menghadirkan pengalaman terbaik kepada pelanggan.

“Sasaran Power Store MODENAS adalah memberikan pengalaman pembelian motosikal terbaik agar dapat mewujudkan hubungan dua hala yang berpanjangan dengan pelanggan kami,”katanya.

Pada masa sama, Timbalan Presiden Perniagaan Antarabangsa Bajaj Auto Limited, Sameer Deshpande mengakui pihaknya tertarik dengan pasaran motosikal di Malaysia yang dianggap unik.

“Pasaran motosikal di Malaysia sangat unik dan sentiasa berkembang. Menerusi kerjasama dengan MODENAS, kami dapat membawakan jentera kebanggaan kami ke Malaysia. Ini membolehkan rakyat Malaysia menikmati sebuah jentera berkualiti pada harga mampu milik. Sepertimana yang dirasai di lebih 70 negara seluruh dunia,” jelasnya.

Berikut antara model yang boleh didapati di Power Store Modenas yang dikuasakan oleh Bajaj di Sunsuria Avenue Kota Damansara:

  • Modenas Pulsar RS200 – RM11,350
  • Modenas Pulsar NS200 – RM9,300
  • Modenas Dominar D400 – RM15,488
Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]