McLaren 720S Spider Dilancarkan, 720hp, 0-100km/j Bawah 2.9 Saat – RM1.2 Juta

McLaren Kuala Lumpur telah melancarkan McLaren 720S Spider di The International Gallery, Kelab Golf Kuala Lumpur (KLGCC) hari ini.

Menurut Ketua Bahagian McLaren Automotive Asia Pasifik, Rob Pritchard, McLaren 720s merupakan generasi kedua daripada Super Series yang membawakan intepretasi baharu rekaan Mclaren.

“Model ini menawarkan pretasi ekstrim yang tiada tandingan di samping mengekalkan relevan sebagai kenderaan kegunaan harian,” jelasnya.

Lebih kukuh dengan kerangka gentian karbon

Meskipun diperkenalkan sebagai versi bumbung terbuka berbanding 720S Coupe tetapi McLaren memastikan jentera ini tampil lebih kukuh dengan penggunaan kerangka gentian karbon – Monocage II-S – yang ditambah baik daripada 720S Coupe Monocage II.

Dibandingkan dengan generasi pertama Super Series, 650S, 720S Spider tampil 6.8 kilogram lebih ringan.

Secara keseluruhan, 720S Spider adalah 50 kilogram lebih ringan berbanding 720S Coupe.

Enjin berkuasa tinggi setanding dengan 720S Coupe

McLaren 720S Spider turut disuntik dengan enjin 4.0 liter twin turbocharged V8 yang sama seperti 720S Coupe yang menghasilkan 720hp dan 770Nm.

720S Spider turut mampu mencatat 0-100km/j di bawah 2.9 saat dan mampu mencapai kelajuan maksima 340km/j!

Retractable Hard Top lain dari yang lain

Retractable Hard Top (RHT) yang terdapat pada 720S Spider adalah rekaan serba baharu dengan panel bumbung gentian karbon didatangkan secara standard.

Meskipun berupa RHT namun ia masih mengekalkan ciri yang terdapat pada 720S Coupe.

Tidak seperti hard top lain, RHT digerakkan sepenuhnya dengan elektrik dan bukannya hidraulik dan hanya memerlukan 11 saat untuk buka dan tutup – enam saat lebih pantas berbanding 650S Spider.

Tiga spesifikasi

720S Spider tampil dengan tiga varian, Performance, Luxury dan Standard dan menawarkan dua jenis warna pilihan – Aztec Gold dan Belize Blue.

McLaren 720S Spider kini boleh menjadi milik anda dengan harga RM1,218,000.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.