DreamEDGE Dengan Bantuan Daihatsu Motor Bangunkan Kereta Nasional Ketiga

Putrajaya mengumumkan syarikat kejuruteraan swasta tempatan, DreamEDGE menjadi pemacu utama dalam merealisasikan kereta nasional ketiga dalam satu sidang media yang berlangsung di Cyberjaya, hari ini.

Pengumuman tersebut dibuat Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), YB Datuk Darell Leiking dengan model pertama adalah sebuah kereta sedan akan dilancarkan pada 2021.

Menurut pihak DreamEDGE, kereta nasional ketiga negara ini akan dibangunkan sepenuhnya oleh jurutera tempatan dengan bantuan teknologi maju oleh Daihatsu Motor.

Sementara itu, Datuk Darell Leiking turut menegaskan bahawa tiada suntikan kewangan daripada pihak kerajaan dalam projek kereta nasional ketiga ini.

Menurutnya lagi, kereta nasional baharu ini akan tampil dengan rekaan eksklusif namun masih mengekalkan status sebagai kereta mampu milik dengan model prototaip dijangka siap pada Mac 2020 sebelum model sebenar akan dilancarkan setahun kemudian.

YB Darell turut mendedahkan bahawa model sulung yang akan dilancarkan adalah jenis sedan C-segment.

Setakat ini, tiada kata putus mengenai enjin yang akan digunakan termasuk nama bagi kereta nasional baharu itu.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.