Honda Malaysia mengumumkan sejumlah 7,050 unit CR-V 2018 perlu digantikan ‘gear push knob button’ sebagai langkah berjaga-jaga.
Bagaimanapun, setiap model sedia ada yang dijual tidak terkesan dengan kempen kemaskini produk ini.
Kempen ini adalah langkah berjaga-jaga bagi menyelesaikan masalah yang mungkin dihadapi Honda CR-V 2018 berkaitan dengan tuil gear terutamanya ketika mahu mengubah daripada ‘parking’ kepada posisi lain.
Penggantian ini tidak akan dikenakan sebarang caj dan segala kos yang terlibat akan ditanggung pihak Honda Malaysia.
Pelanggan yang terkesan akan dimaklumkan menerusi surat makluman yang yang mengandungi segala perincian mengenai kemaskini yang dijalankan.
Orang ramai yang menerima makluman ini diminta untuk segera membawa kenderaan mereka ke pengedar Honda terdekat.
Hubungi 1-800-88-20020 atau layari www.honda.com.my untuk maklumat lanjut.