Honda Malaysia akhirnya melancarkan CR-V Mugen Edisi Terhad sejak kali pertama ditayangkan pada Kuala Lumpur International Motor Show 2018 (KLIMS 2018) dengan hanya 300 unit dihasilkan.
CR-V Mugen Edisi Terhad hanya didapati bagi model 1.5 Turbocharged 2WD.
Mugen – yang bererti ‘tanpa sempadan – sememangnya memiliki daya penarik tersendiri dikalangan peminat Honda ekoran kemampuannya untuk menyerlahkan lagi rupa sporty sebuah kenderaan Honda.
Rupa bentuk CR-V kini lebih menonjol dengan ciri Mugen antaranya:
- Front Under Spoiler
- Front Grille Garnish
- Side Garnish
- Rear Under Spoiler
- Rear Upper Wing
- Logo Mugen
CR-V Mugen boleh didapati dalam dua pilihan warna, White Orchid Pearl dan Passion Red Pearl – warna baharu bagi Honda.
Sementara itu, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toichi Ishiyama berkata sambutan baik yang diterima oleh dua model edisi istimewa, Jazz Mugen dan BR-V SE mendorong Honda untuk memperkenalkan CR-V Mugen.
“Berdasarkan sambutan baik yang diterima, kami dengan berbesar hati melancarkan CR-V edisi Mugen. CR-V merupakan model yang sinonim dengan pelanggan yang sudah pun berkeluarga tetapi menikmati kehidupan yang aktif.
“Model baharu ini menyuntik nafas baharu sekaligus merancakkan pasaran sedia ada terutamanya bagi segmen ‘Non-National’. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pelanggan yang tidak henti-henti memberi sokongan,”jelasnya.
CR-V Mugen Edisi Terhad ditawarkan dengan harga Rm152,900 bagi pilihan warna Passion Red Pearl sementara RM153,300 bagi warna White Orchid Pearl.
Untuk maklumat lanjut sila layari www.honda.com.my atau hubungi 1-800-88-2020.